Saturday, November 23

Ketagih

Entah kenapa aku rasa kebelakangan ni aku gian nak menulis.
Mungkin sebab sel-sel menulis kian aktif.
Mungkin juga sebab imaginasi aku mula nak berkembang.

Ada kalanya aku terfikir, teringin juga nak menulis novel.
Sebab cerita-cerita novel yang aku baca, 
sedikit sebanyak mempengaruhi minatku.

Aku suka membaca.
Semua bahan bacaan aku sapu.
Dari buku cerita bergambar, komik, fanfics, manga, novel komsas sekolah, novel remaja, sampailah novel ekstrem, novel cinta, kamus, majalah, manual instruction etc.

Err, tapi kalau jenis bacaan islamik, atau yang berat-berat, aku kureng sikit.
Biasalah, aku baru masuk sekolah menengah, so pemikiran pun still budak-budak lagi kut.
Huhuhu

Ciao~

Friday, November 22

New Blog ~!

Maka bahawasanya disini aku nak mem'promote' blog aku yang baru. Kekeke
Ish. Takdelah, bukan nak promote, saje je nak bagitau.
Kiranya macam notis pemberitahuan lah.


Blog baru ni aku ingat nak buat macam fanfiction sikit lah.
Err, jap.
Tak bestlah fanfics, nak buat novel lah. Huhu

Blog ni (Gila-gila) hanya untuk mencoretkan daily life aku.
Boleh dikatakan, diary online lah.
Aku ada je diari sendiri, manually punyalah. 
Catat pakai pen.
Dan disebabkan ianya manual, aku malas nak tulis dalam buku tu.
Haihh.

Manakala blog baru (The Ideas of Me) pula untuk aku mencoretkan idea-idea,
yang banyak diilhamkan daripada novel-novel yang aku baca,
fanfictions yang aku layan,
dan juga imaginasi yang berlegar-legar,
di dalam kepala otak aku yang 'geliga' ini.

But, 
I'm still an amateur.
I don't intend to be a writer.
I'm just writing for fun. 

Chill~

My First Friend : Imaginary Friend

Baru-baru ni mak aku dok sembang pasal kisah-kisah kami adik-beradik masa kecik.
Ada yang aku boleh flashback balik, ada yang aku tak ingat langsung.

Tapi yang aku paling ingat, aku ada se'orang' kawan.
My very first friend.
Imaginary friend.

Aku rasa aku start ada imaginary friend bila aku dah pandai cakap.
Umur aku 2-3 tahun mungkin. *usap dagu*
My mom said, she's worried about me when she first caught me talking to nobody while playing alone.
Biasalah, mother's instinct. 
Kalau aku pun aku akan risau. Mulalah macam-macam thought dok hinggap kat kepala otak.

Aku tanya mak aku, 

"Along ngan angah ada 'kawan' tak?"

Mak aku jawab,

"Entahlah. Tak ada kut. Lagipun umur diorang kan dekat-dekat, main sama-sama. Kalau ada pun taklah nampak sangat macam kau."

"Oh, dah tu kenapa pulak Yana ada?"

"Dah kau tu anak bongsu. Kakak-kakak kau kan dah sekolah masa tu, mana nak main dengan kau sangat. Sudahnya mainlah dengan kawan kau yang tak wujud tu"

Bila dengar je mak aku cerita pasal ni, aku terus teringat cerita kartun yang aku selalu layan dulu.
Fairly Odd Parents.
Babak dimana Timmy wishes agar kawan imaginasinya, Gary, berubah menjadi realiti.


Well, nasib baik aku tak ingat nama 'kawan' aku tu.
Bayangkan kawan imaginasi aku tu, jadi realiti, tak ke kalut nanti.
Hmm .

Thursday, November 21

Anak Jepun

 
Mak aku selalu kata masa aku kecik-kecik dulu, aku ni serupa macam anak jepun.
Kakak aku pun selalu cakap "Dulu masa kau kecik, aku selalu je terpikir 'anak jepun mana tersesat kat sini?' "
Apalagi, aku pun tersengih-sengih dengar kakak aku cakap macam tu. *Tak malu sungguh*
 
Mak aku cerita, dulu masa baby rambut aku lebat. 
Dah lah lebat, terpacak ke atas pula.
Puaslah mak aku 'pede-pede' kan rambut tu, tak juga dia jatuh.
 
Bila aku dah besar sikit, rambut aku yang terpacak tu jatuh. 
Jatuh ke depan, hampir tutup mata aku.
Kiranya macam style rambut budak-budak kpop sekarang kot.
Ada bangs(?) bagai tu kot.

Masa kecik, kulit aku bolehlah dikatakan cerah.
Biasalah, baby.
Mungkin disebabkan faktor rambut dan warna kulit yang menyebabkan aku menyerupai anak jepun.
Mungkin.
 
Bila dah besar, kulit aku perlahan-lahan bertukar gelap. 
Faktor genetik bapa aku tu.

Sekarang, mak aku selalu ja kutuk-kutuk aku.

"Yana, dulu kau putih, macam anak jepun. Comel je. Pasai dah besau jadik hitam?"
"Mana taknya, dah genetik abah kuat" Jawab aku dengan muka yang toye.

Chaitt

Wednesday, November 20

Dulu dan Sekarang


Dulu aku sangat pendiam. 
Sangat.

Sampaikan ada sorang cikgu mengadu kat mak aku masa aku tadika. Katanya aku tak banyak kerenah, tapi bila ditanya sepatah, sepatah juga yang dijawab.
 
Tapi tu dulu. Sekarang, aku yang paling bising bila bersembang dengan rakan-rakan. 
Entah kenapa aku berubah. 
Mungkin dulu aku tak banyak berfikir macam sekarang. Semakin usia aku meningkat, semakin banyak pula imaginasi yang aku ada, yang sepatutnya muncul ketika kecil.
 
Dulu, aku jenis yang tak pandai nak bergaul dengan orang. Tak pernah jadi yang pertama yang menghulurkan salam perkenalan. Selalunya orang yang tegur aku dulu. Boleh dikatakan aku ni pemalu lah. Adatlah, anak bongsu pemalu.
 
Tapi, semenjak aku melangkah ke alam persekolahan sekolah menengah, aku rasa berkobar-kobar nak bergaul dengan orang. Nak berkawan dengan semua orang. Tapi sikap pemalu ku yang masih ada, membuatkan aku teragak-agak untuk memberikan salam persahabatan kepada mereka.
 
Dulu, aku juga seorang yang agak pasif. Duduk terperap kat rumah. Bila diajak keluar makan, ada saja alasannya. Tapi, aku rasa ke'pasif'an ku tak berubah, semakin menjadi-jadi pula sejak kedua-dua orang kakak ku melangkah ke pusat pengajian tinggi.
 
Ah, rupa-rupanya aku banyak berubah. 
Berubah emosi. 
Berubah mental.
Dan yang paling aku tak suka, berubah fizikal.

Arghhh!!

Awkward


 That moment.

Bila ter'berkau-aku' dengan senior.
Bila ter' berawak-saya' dengan budak-budak junior yang masih berhingusan.

Kebiasaannya masa tengah chatting kat facebook lah.
Tengah-tengah rancak berbual, tiba-tiba si dia bertanyakan umur aku.
Bila aku jawab, dan aku tanya balik soalan sama, dan dia jawab balik,
And found out yang si dia rupa-rupanya lebih tua/muda dari aku.

Aku terus ja kaku.
Diam tak berkutik.
Keliru.
  

"Aisehh. Ni nak tukar kata panggilan ke tak ni?"



Dilema berchatting.

Tuesday, November 19

Assalamualaikum


Aku.
Aku merupakan seorang manusia yang masih study di sebuah sekolah menengah.
Kat mana sekolah aku? 
Biarlah rahsia.

Dah lama dah aku wujudkan blog.
Masa aku darjah 6 tak silap.
Niatku hanya sekadar untuk mewujudkan sahaja, dan bukannya untuk mencoretkan apa-apa
Bila dah lama sikit, timbul keinginan nak menulis.
Konon nak buat macam diari online, konon nak publish, tapi akhirnya butang 'DELETE' jugak yang aku tekan.
Kerana kekurangan confident dalam diri.
Dah habis menulis, padam.
Aku tak simpan, tapi aku padam.

Tulis, delete. Tulis, delete.

Perkara ini berulang-ulang dalam tahun yang sama.
Disebabkan ke'confident'an aku yang sememangnya zero dan kesabaran aku yang semakin tipis,
akhirnya keterujaan aku nak menulis pun hilang dimakan dek usia.
Terus aku tinggalkan dunia blog *ececehh*

Sampailah sekarang. Almost 2 years blog ni terbiar. Dah macam apa je.

Kira-kira sebulan yang lepas, hatiku tiba-tiba tergerak nak jenguk blog ni.
Itupun sebab aku terstalk blog kepunyaan salah seorang rakan yang rajin berblogging.
Cantik blog dia. Kemas.
Buka-buka je blog ni, aku terus membanding-bandingkan blog aku dan blog dia.
Mana taknya, blog aku ni dah lah berserabut, semak dengan bende-bende yang merepek pulak tu.

But, then. Aku sedar.
Akulah penyebab blog ni ntah hape hape je.
Disebabkan sikap aku yang terburu-buru, blog ni yang jadi mangsa lepas geramku.

Pastu, aku terus blog walking kat blog-blog yang awesome,
konon nak release tension.

Selamat Tinggal
. (NI SEMUT)

Aku rasa tenang melihat blog deme yang putih bersih.
Rasa macam suci je.
Tiba-tiba ilham datang, terus ja rasa bersemangat.
Berinspirasikan konsep putih dan sederhana, maka blog aku yang dahulunya huduh, di-renovate semula dan
TA-DAHH

Terhasillah blog 'Gila-gila' ni.
Nama 'Gila-gila' diberi because I've already lack of ideas and just rembat je nama ni dari majalah "Gila-gila'

Mula-mula rasa nama tu macam tak semenggah je.
Well, sekarang pun still rasa tak semenggah.

P.S. Thanks to the mentioned bloggers, your blogs really gave me a huge inspiration. Thanks a lot :')