Friday, April 12


Dear friends,

Aku tahu, aku dah jauh dari korang sejak kita masuk high school.
Aku tahu, korang selalu rasa yang aku tak mahu berkawan dengan korang lagi.
Aku tahu, korang tak berapa nak suka sangat bila aku selalu lepak dengan budak kelas aku.
Aku tahu, korang rasa macam aku ni semakin sombong.
Tak tegur bila berjumpa.
Selalu je berkepit dengan dia.

Aku tahu.

Aku tahu apa yang korang rasa pasal aku, sebab korang selalu meluahkan apa yang korang rasa.

Tapi...

Percayalah.

Aku bukannya dah tak nak kawan dengan korang.
Aku still anggap korang sebagai kawan aku yang paling rapat. Kawan aku yang aku hargai sangat-sangat. Walaupun korang selalu kata yang aku sombong, percayalah, aku langsung tak berniat nak menyombong, tak pernah terfikir pun. 

Kadang-kadang kita terserempak kat sekolah, and kebetulan pula aku bersama classmate aku dan korang dengan classmate korang.
Aku nampak korang.
Aku nak tegur korang.
Tapi, aku tengok kau tengah bersembang dengan classmate kau. Aku biarkan sahaja.
Aku hanya lihat korang dari jauh.
Aku fikir 'Oh, diorang dah ada kawan. Takpelah, segan pula nak tegur bila kawan diorang ada'.

Tapi, bila korang tiba-tiba kata

'Sombong eh kau sekarang, kitorang tegur pun kau buat tak tau je'

atau

'Yana budak baik, mana nak berkawan dengan kitorang lagi',

aku rasa serba-salah.

Disebabkan kelas kita lain, hubungan kita jadi renggang.

Kadang-kadang korang bercakap pasal classmate aku kat depan aku. Bila korang bercakap pasal diorang, korang seolah-olah menggunakan nada yang menunjukkan classmate aku tu suci, tak buat dosa. Seolah-olah korang menyindir dan memerli diorang.
Asal diorang buat perkara baik je, korang cakap 'Hmm, biasalah budak kelas Arab. Hmm, budak baik.' Aku terasa. Aku terasa sangat-sangat.

Kadang-kadang aku rasa macam jadi budak kelas Arab ni satu dosa.
Semua orang judge apa yang kita buat.
Kalau buat salah sikit, maka terdengarlah suara-suara sumbang yang kata 'Ini rupa budak kelas Arab?' 'Baik lagi aku yang duduk kelas bawah ni daripada diorang' 


Just because we took one additional subject, Arabic language, doesn't mean that we are perfect. We still do mistakes. Why do people always judge us as if we are malaikat?

Pfft

Aku ni bukannya pandai bercakap. Aku tak pandai meluahkan perasaan aku guna kata-kata. Nak tulis blog ni pun ayat berterabur semacam. Tapi aku tulis je sebab blog ni salah satu medium untuk aku express isi hati aku.

So, fikir-fikirkan lah.