Tuesday, November 19

Assalamualaikum


Aku.
Aku merupakan seorang manusia yang masih study di sebuah sekolah menengah.
Kat mana sekolah aku? 
Biarlah rahsia.

Dah lama dah aku wujudkan blog.
Masa aku darjah 6 tak silap.
Niatku hanya sekadar untuk mewujudkan sahaja, dan bukannya untuk mencoretkan apa-apa
Bila dah lama sikit, timbul keinginan nak menulis.
Konon nak buat macam diari online, konon nak publish, tapi akhirnya butang 'DELETE' jugak yang aku tekan.
Kerana kekurangan confident dalam diri.
Dah habis menulis, padam.
Aku tak simpan, tapi aku padam.

Tulis, delete. Tulis, delete.

Perkara ini berulang-ulang dalam tahun yang sama.
Disebabkan ke'confident'an aku yang sememangnya zero dan kesabaran aku yang semakin tipis,
akhirnya keterujaan aku nak menulis pun hilang dimakan dek usia.
Terus aku tinggalkan dunia blog *ececehh*

Sampailah sekarang. Almost 2 years blog ni terbiar. Dah macam apa je.

Kira-kira sebulan yang lepas, hatiku tiba-tiba tergerak nak jenguk blog ni.
Itupun sebab aku terstalk blog kepunyaan salah seorang rakan yang rajin berblogging.
Cantik blog dia. Kemas.
Buka-buka je blog ni, aku terus membanding-bandingkan blog aku dan blog dia.
Mana taknya, blog aku ni dah lah berserabut, semak dengan bende-bende yang merepek pulak tu.

But, then. Aku sedar.
Akulah penyebab blog ni ntah hape hape je.
Disebabkan sikap aku yang terburu-buru, blog ni yang jadi mangsa lepas geramku.

Pastu, aku terus blog walking kat blog-blog yang awesome,
konon nak release tension.

Selamat Tinggal
. (NI SEMUT)

Aku rasa tenang melihat blog deme yang putih bersih.
Rasa macam suci je.
Tiba-tiba ilham datang, terus ja rasa bersemangat.
Berinspirasikan konsep putih dan sederhana, maka blog aku yang dahulunya huduh, di-renovate semula dan
TA-DAHH

Terhasillah blog 'Gila-gila' ni.
Nama 'Gila-gila' diberi because I've already lack of ideas and just rembat je nama ni dari majalah "Gila-gila'

Mula-mula rasa nama tu macam tak semenggah je.
Well, sekarang pun still rasa tak semenggah.

P.S. Thanks to the mentioned bloggers, your blogs really gave me a huge inspiration. Thanks a lot :')

No comments:

Post a Comment