Sunday, January 19

Dedikasi untuk si Crush yang Misteri


Aku berasa cemburu. 
Aku mencemburui mereka.
Aku cemburu terhadap mereka kerana kau.

Mereka,
Mempunyai apa yang aku tidak punya.
Mereka memiliki daya tarikan tersendiri.
Sungguh aku cemburu melihat mereka.

Dari jauh,
aku hanya dapat memerhatikan.
Kau didampingi oleh mereka,
yang aku rasa jauh lebih cantik dan comel daripada aku.
Kau bergurau dan berbual dengan mereka.
Santai sekali.

Senyumanmu,
yang manis dan comel bagi aku,
hanya dapat dilihat ketika kau bersama mereka.
Pabila kau berada dekat denganku,
senyumanmu hilang.

Aku mahu berbual dengan kau,
seperti mereka.
Aku mahu bergurau dengan kau.
Aku mahu buat semuanya dengan kau.

Kadang-kadang,
aku terasa macam nak je culik kau,
kurung kau kat rumah.
Tapi kalau aku culik,
nanti kena tangkap, macam mana?

Hehe

No comments:

Post a Comment